Search This Blog

Popular Posts

Tuesday, 26 June 2012

Rukun Dakwah

Bagi melaksanakan usaha dakwah, terdapat perkara yang menjadi asas dalam berdakwah seperti rukun-rukun berdakwah. Rukun-rukan tersebut ialah:
1.       Daie
Da’ie bermaksud pendakwah atau orang yang melakukan usaha dakwah. Dalam skop di sekolah, guru boleh dianggap sebagai pendakwah jika terdapatnya usaha mengajak murid ke arah melakukan kebaikan.
2.       Mad’u
Mad’u bermaksud sasaran dakwah atau orang yang cuba di ajak ke arah kebaikan. Di sekolah mad’u ialah anak murid, atau boleh jadi rakan sejawat dan boleh jadi ibu bapa kepada murid. Ini kerana sasaran dakwah bukan sahaja kepada murid, tetapi kepada sesiapa sahaja yang ingin dibimbing oleh pendakwah.

3.       Maudhu’
Maudhu’ merujuk kepada isi kandungan dakwah atau bahan yang cuba disampaikan oleh pendakwah. Isi atau ilmu tersebut mestilah bertujuan membentuk mad’u kea rah kebenaran dan kebaikan sahaja. Sebarang ajaran yang bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah hendaklah dihindarkan.

4.       Qawaid
Qawaid merupakan kaedah yang digunakan semasa proses berdakwah. Hal ini kerana, bagi meastikan sesuatu isi dakwah itu dapat disampaikan dengan baik serta diterima oleh sasaran dakwah, para pendakwah perlu menggunakan kaedah yang sesuai. Kaedah yang salah akan menyebabkan usaha dakwah tidak akan berjaya. Sebagai contoh kaedah untuk berdakwah ialah melalui ceramah dan penulisan.

5.       Uslub
Uslub beerti jalan atau cara. Ia adalah cara membentuk atau cara menggunakan sesuatu atau cara tertentu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh, apabila pendakwah telah memilih kaedah ceramah, maka cara yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan cara penyampaian bersahaja atau menerapkan unsur-unsur jenaka atau cerita semasa penyampaian ceramah tersebut.

1 comment:

Sebarang Kekurangan amat dikesali. Semoga Cadangan Kalian dapat Kami Perbaiki

Followers